Biography
Erra Fazira. Jarang ditemui seorang artis yang sepertinya. Bukan sahaja berbakat, Erra mempunyai banyak kelebihan yang menjadikannya antara artis yang paling top di Malaysia pada hari ini. Tabah, gigih, peramah dan berwawasan. Itulah antara pujian yang diberi padanya oleh semua yang mengenalinya.
Bakat yang dipunyai Erra digunakan sepenuhnya untuk mencapai kejayaan di dalam bidang modeling, nyanyian, lakunan dan kini Erra mula mangatur langkah dalam bidang perniagaan. Di mana ramai yang akan berpuas dengan pencapaian yang dimiliki, Erra berpunya wawasan untuk maju ke hadapan. Bersama dengan perwatakannya yang mesra dan lemah lembut, Erra mendapat sambutan hangat ke mana saja dikunjunginya dari semua peminat seni di Malaysia. Nama : Fazira bt. Wan Chek Tarikh lahir : 9 February 1974 Tempat lahir : Sungai Choh, Rawang Selangor Bintang : Aquarius Bangsa : Melayu Tinggi : 5” 6 ” Ukuran Badan : 34 – 27 – 37 Warna Mata : coklat gelap Warna Rambut : hitam Warna kulit : cerah Hobi : membaca, menulis, kaki motor Makanan : makanan Melayu, Cina, Jepun Minuman : air mineral Warna : warna ceria Kerjaya : penyanyi, model, pelakon
|
source taken from http://www.errafazira.net/
|