SHEILA ON 7 KONSERT at MITC MELAKA

DIBAWAKAN OLEH MITC (MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE)
DENGAN KERJASAMA – SONY MUSIC
Buat julung kalinya Kerajaan negeri Melaka di bawah anak syarikatnya MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC), akan mengadakan konsert terhebat dengan menjemput kumpulan yang amat diminati ramai “SHEILA ON 7” yang popular dengan lagu-lagu seperti “Sephia”, “Dan”, “Melompat lebih Tinggi” dan terbaru “Pria Terhebat”.

SO7 yang dianggotai oleh Duta, Eross, Sakti, Adam dan Anton adalah pemuzik pemuzik yang berbakat.

Konsert SHEILA ON 7 (SO7) ini akan diadakan di Dewan MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 26 Jun 2004 (Sabtu) Jam 9.00 malam. Dianggarkan seramai 20,000 peminat kumpulan ini akan membanjiri dewan MITC ini.

Kumpulan ini menjanjikan persembahan terhebat mereka untuk kepuasan para peminat. Harga tiket untuk konsert tersebut hanyalah RM25 (Berdiri) di dalam dewan. Harga tiket yang berpatutan ini adalah untuk memberi peluang kepada semua peminat menyaksikan aksi SO7 yang lincah dan mantap. Tiket-tiket di kawasan Melaka boleh didapati di Komplek MITC, Terminal Bas Seremban, Mahkota Parade, Tesco, Jaya Jusco, Melaka Sentral dan Naza Hotel. Tiket-tiket akan mula dijual pada 8/6/2004.

Selain daripada itu, pihak MITC juga akan menyediakan pakej khas bagi peminat luar Melaka. Di mana berdasarkan permintaan peminat. Pakej khas ini meliputi pengangkutan (pergi balik), penginapan dan tiket konsert yang berharga tidak lebih daripada RM130 sahaja seorang, berdasarkan lokasi tempahan. Tempahan dan pembayaran hendaklah dibuat selewat lewatnya pada atau sebelum 20/06/2004 pada En Nazri (012-354 2449) atau Cik Shafinaz (03-233 3332/35/45).

Kepada peminat-peminat SO7 yang membeli album terbaru mereka “Pria Terhebat” boleh mendapatkan tiket pada harga RM22.00 seorang dengan hanya menunjukkan album di kaunter-kaunter kedai muzik Music Valley dan kaunter tiket MITC. Kepada para pelajar yang ingin membeli tiket mereka juga boleh mendapat diskaun yang sama dengan menunjukkan kad pelajar semasa membeli tiket di kaunter Music Valley dan MITC.

Peminat juga boleh menghubungi MITC ditalian 06-233 3330/35/45 En. Zarimi atau En. Shah untuk membuat tempahan tiket secara berkumpulan bagi syarikat, persatuan antau badan-badan pelajar.

Bagi mereka yang ingin mendapat tahu lebih lanjut lokasi MITC bolehlah layari laman web mitc.wiie.net. Kedatangan anda adalah dialu-alukan untuk memeriahkan lagi konsert terhebat tahun ini.