Jiwang Janji Rock Kenangan Bersama Mu

Sememangnya peminat fanatik irama rock yang amat merindukan irama jiwang yang pernah dipopularkan suatu waktu dulu kini kembali lagi. Kali ini sekali lagi Sony Music Entertainment (M) Sdn Bhd memberi peluang kepada peminat-peminat rock untuk mengembalikan nostalgia yang telah lama dengan mengeluarkan satu lagi album gabungan daripada artis-artis solo serta berkumpulan kesayangan mereka yang bertajuk ‘Jiwang Janji Rock’ dimana semua lagunya tetap unggul serta masih diterima umum khasnya yang boleh menyentuh jiwa, hati dan persaan pendengar.

Album kompilasi kini semakin menjadi pilihan pendengar dan lazimnya sesebuah album kompilasi itu mengandungi barisan lagu-lagu terbaik dan pernah meniti populariti di suatu ketika dulu dimana ini akan mampu menambat hati serta menarik minat penggemar seni terutama buat mat-mat dan minah-minah rock yang meminati lagu-lagu berentak jiwang dan balada ini.

Jika dilihat dari segi gabungan artis dan pemilihan lagu, malah kesemuanya masih mempunyai bilangan peminat yang cukup besar dan masih lagi disanjungi. Melihat pula kepada senarai lagu yang dimuatkan, ianya amat menyentuh hati dan boleh membangkit kan nostalgia yang pernah terjadi pada pendengar yang setia bersama mereka sejak dulu lagi.

Album ini mengandungi 23 buah lagu hit dengan mengumpulkan 23 barisan artis. Dengan menampilkan barisan artis seperti Lefthanded, Gersang, Blackrose, Wings, Rusty Blade, Rahim Maarof, Fotograf, Ekamatra dan ramai lagi kini telah memberi peluang kepada peminat-peminat untuk memiliki album kompilasi yang sememangnya amat berharga. Lagu-lagu yang pernah mencipta sejarah tersendiri dan sehingga kehari ini masih lagi menjadi ingatan ramai seperti “Kenangan Bersama Mu’, ‘Di Ambang Wati’, ‘Kamelia’, ‘Hanya Satu Persinggahan’, ‘Engkau Tetap Satu’ dan banyak ianya masih lagi popular di tanahair sehingga kini.

Meskipun kini rata-rata boleh dikatakan banyak Syarikat mengeluarkan album kompilasi, tapi dengan menonjolkan album ‘Jiwang Janji Rock’ ini yang mengumpulkan pelbagai kompilasi jiwang amat dinantikan dan sekurang-kurangnya dapat mengubati perasaan rindu. Inilah elemen menarik yang terdapat dalam album ini.