Sheila On 7 Release new album “Pria Terhebat”

“Hebat bukanlah bererti gagah atau kuat sahaja, namun ianya memberi maksud yang mendalam seperti berani menaklukan segalanya, namun untuk berdiri tegak walau tubuh ini lemah dan mudah menyerah lalu kita tetap gigih bertahan itulah yang dinamakan hebat. ‘Berani, Cekal, Tabah ¡­¡­Bertanggungjawab adalah sikap jujur dalam menjalani liku-liku hidup, memaksimakan diri ini untuk mengambil risiko dalam melaksanakan hal-hal mendewasakan, mengakui kesalahan dan berhenti mengeluh serta mengasihani diri….”
~ Eross~

Ini adalah sebuah kenyataan pembuktian dari kematangan kareer muzik mereka selama lebih dari 5 tahun. Tak kurang satu juta unit penjualan dari tiap album yang di pasarkan. Belum lagi catatan rekod dari sebuah band dengan masa paling banyak dan paling ditunggu konsert besar di Indonesia dan beberapa kawasan Asia Tenggara. Berasakan penerimaan peminat terhadap muzik mereka; kini mereka kembali lagi dengan album yang ditunggu-tunggu selepas album soundtrak filem “30 Hari Mencari Cinta” yang dipasarkan tidak lama dulu.

“Pria Terhebat” itulah album keempat dan terbaru dari Sheila On 7 dengan menampilkan konsep yang semakin matang. Dengan tidak membiarkan kesempatan dan idea berlalu begitu sahaja; jangka waktu yang panjang dimanfaatkan oleh mereka untuk mengeksplorasi terhadap muzik dan alat-alat yang mereka gunakan untuk menciptakan lagu yang lebih mendominasi lagi. Dengan meninggalkan string section yang selama ini menjadi ciri khas dari lagu-lagu sebelumnya; kini di album ke-empat ini, Sheila On 7 yang berkolaberasi dengan Onny Saunine menawarkan nuansa pop unik yang dihasilkan dari brass section.

Konsep Album
Seperti album mereka yang terdahulu, mereka masih lagi mengekalkan dengan konsep pop rock; tetapi istimewanya album ini bukanlah hanya dengan pop rock; malahan 100% muziknya telah dipelbagaikan konsepnya dengan mengenengahkan kemantapan mutu muzik, persembahan muzik dan yang paling utama sekali ialah citarasa bunyi serta melodi yang acap kali diambil perhatian dalam setiap keluaran album mereka.

Single pertama mereka yang juga dijadikan judul album ini, ‘Pria Terhebat’, merupakan sebuah lagu yang dinamik dan sarat dengan ajakan untuk selalu berfikir optimis. Lagu ini juga adalah sebagai mengingatkan mereka bahawa mereka kini masih tetap berlima sehingga kesaat ini bermula dari berdirinya mereka dari tanggal 6hb Mei, 1996.

Lagu-lagu dalam album ini yang proses penggarapannya pertama kali ini dilakukan di studio milik mereka sendiri sudah tidak didominasi penciptaannya oleh Eross. ‘Tanyaku’ adalah lagu yang ditulis sendiri oleh Duta, penyanyi utama, yang bakal menjadi bapak ; bercerita tentang kisah kasihnya sewaktu beliau mula bercinta.

Kemudian diikuti dengan Anton selaku pemain drum, mencuba pula menulis tentang gemerlapnya alam metropolis dibawah kerlip lampu nion dan derap muzik disko dalam lagu ‘Coba Kau Mendekat’. Tidak ketinggalan pula dengan Adam iaitu pemain gitar bass yang tidak kurang juga menuangkan curahan hatinya bersama teman balada yang romantis dalam lagu ‘Pilih Aku’.

Walau tidak mendominasi, Eross yang tidak perlu diperkenalkan lagi dengan lagu-lagu hasil ciptaan beliau yang unik tetap kekal menuliskan lagu dalam album ini. ‘Itu Aku’ yang lebih berkisarkan tentang risalah hidup manusia yang sarat dengan pelbagai komitmen dan perjalanan hidup yang tidak pernah melupakan apa yang dicari dari hidup ini dan sibuk menafkahi nafsunya yang tidak pernah merasa puas; adalah salah satu lagu yang ditulis oleh beliau dengan melodi yang apik dalam balutan brass section.

Seperti album mereka yang telah lepas, Sheila On 7 masih lagi kekal dengan mencipta lagu-lagu yang menyentuh tentang percintaan, namun bila diulik balik maknanya malah ianya lebih mendalam lagi. Lagu yang berjudul ‘Ketidakwarasan’ ini lebih bercerita tentang ketakutan terhadap perang, saat cinta sudah tak bermakna dan kenyataan sudah terlampau berat. ‘Khaylila’, judul yang mencuplik nama putri kesayangan Eross, merupakan simbolisasi kepedulian Sheila terhadap generasi mendatang sebagai penerus bangsa agar menyiapkan mental untuk menandatangani rintangan hidup ini.

Keseluruhan sentuhan album ini, banyak membawa semangat dan optimisme dalam menjalani hidup ini dikemas dengan ringan dan lirik yang mengena dihati sehingga pesan moral tersirat dapat mudah diterima tanpa harus membebani pendengarnya.

Selain mengekalkan konsep pop rock, album Sheila On 7 ini juga tidak lari dari mengekalkan konsep album yang sama. Tapi kini mereka lebih tampil dengan imej bayang mereka dimana ianya sedikit sebanyak menunjukkan kematangan mereka terserlah bertetapan dengan tajuk album mereka iaitu ‘Pria Terhebat’.